20 June 2008
Raja Farah Raja Aziz - Usah tuding saya
Namun, entah di mana silapnya setiap filem yang me nampilkan lakonan Raja Farah Raja Aziz, 20, kurang berjaya di pawagam bermula dengan Saloon dan terbaru, Apa Kata Hati. Difahamkan filem arahan Saw Teong Hin dan di tayangkan di pawagam 29 Mei lalu hanya mencatat kutipan kasar RM700,000 selepas hampir sebulan ditayangkan.
“Saya terpaksa terima hakikat itu tapi berharap orang tidak menuding jari dan meletakkan kesalahan di bahu saya seorang sebaliknya harus memandang keseluruhan cerita.
“Sebelum ini pun kami (pelakon) tidak pernah cakap yang cerita itu sangat bagus malah memberitahu ia sebuah filem hiburan ringan. Justeru jika ia tidak berjaya, maknanya mesti ada sesuatu yang tidak kena.
“Kalau ikutkan, filem itu dibarisi ramai pelakon popular dan berbakat seperti Dynas, Awal, Farid Kamil, AC Mizal, Awie dan Fauziah Ahmad Daud. Jadi di mana lagi salahnya.
“Tidak adil menghukum saya seorang. Mungkin jalan cerita atau garapan pengarahnya kerana kita tidak tahu apa punca filem itu kurang mendapat sambutan kerana disebabkan saya atau penonton tidak suka jalan cerita itu,” katanya.
Jelas Farah, sebagai pelakon dia sendiri tidak begitu puas membawakan watak Elly kerana terikat dengan keterbatasan karakter sebagaimana diinginkan pengarah.
“Orang selalu membandingkan lakonan saya dengan Dynas. Mereka mengatakan lakonan Dynas membayangi saya selaku watak utama. Saya tidak marah kerana Elly karakternya memang Minah ‘blur’ manakala Linda (watak dilakonkan Dynas) seorang yang berani bersuara.
“Jadi, masakan wataknya tidak menyerlah. Selepas me nonton semula filem itu, saya tahu saya boleh buat lebih baik tetapi apalah daya kerana setiap kali cuba memberi warna pada lakonan sewaktu penggambaran dijalankan dan cuba ‘all out’, pengarah pula tidak setuju.
“Katanya nanti karakter saya sama seperti Dynas kerana pertentangan sifat yang cuba digambarkan untuk menun jukkan perbezaan karakter Elly dan Linda.
“Walau apapun, filem itu sudah ditayangkan dan saya terima segala kritikan secara positif. Kegagalan tidak pernah me matahkan semangat saya,” katanya.
Bukan setakat filem tidak laku, gadis manis yang mula melakar nama menerusi filem Saloon ini turut dikaitkan pelbagai kontroversi meskipun namanya masih hijau dalam persada seni lakonan.
Berperang mulut dengan kru, kisah ‘love bite’ dan berlagak diva antara cerita memualkan yang pernah sampai ke telinga media.
“Kes bergaduh dengan kru bukan saya mulakan sebaliknya dia yang bersikap kurang ajar kerana memanggil saya dengan panggilan kesat selepas tiga kali panggilannya tidak disahut.
“Bukan saya buat-buat tidak dengar tetapi memang tidak dengar sebabnya waktu itu saya demam. Malah, saya masih bersabar dan bertanya secara baik mengapa sampai begitu sekali dia tergamak memanggil saya dengan gelaran itu.
“Katanya saya ‘ketwat’ dan tidak hormat orang tua. Yang paling saya tidak tahan apabila dia berkata sejak bila saya tidak benarkan orang memanggil saya dengan nama itu.
“Hilang sabar dengan tingkahnya, kami bertikam lidah tetapi berbaik semula atas desakan pengarah. Keesokan harinya, semua pelakon menjauhkan diri daripada saya gara-gara fitnah yang dilemparkan walhal sebelum itu pe lakon bekerja bagai satu keluarga.
“Dia atau mungkin orang lain yang menyebarkan fitnah kata saya ketwatlah (sombong), berlagak diva, suruh dia gosokkan bajulah, buat airlah macam-macam lagilah. Kalau ikutkan, memang kerja dia jaga wordrobe.
“Tetapi setahu saya tidak pernah sekalipun saya pernah menggunakan status artis untuk dilayan istimewa. Dise babkan tidak tahan, apatah lagi suasana kerja makin suram saya dan ibu berbincang dengan pengarah supaya dile paskan,” katanya.
Bagaikan menabur pasir ke periuk nasi, Farah memak lumkan lagi, disebabkan kontroversi itu lebih sebulan dia tidak menerima tawaran berlakon. Bukan itu saja, di juga kecewa dituduh membatalkan fotografi pada saat akhir dengan satu majalah.
“Itulah masalahnya apabila menjadi artis. Bila kami di kaitkan dengan kontroversi, orang terus percaya tanpa men dengar cerita sebenarnya. Saya mengibaratkan kehidupan artis bagai dalam zoo yang ada cermin.
“Orang bersorak suka dan terpegun apabila melihat kita. Namun kita tidak boleh tembus cermin dan hanya mampu melihat tanpa berpeluang mempertahankan diri,” katanya.
Belum reda kontroversi di lokasi penggambaran, maruah Raja Farah sekali lagi diaibkan apabila kes kesan kucupan atau ‘love bite’ sewaktu membintangi drama Intan Asmara men jadi bahan bualan hangat di sebuah laman web gosip.
“Itu bukan ‘love bite’ tetapi kesan melecur akibat terkena penggulung rambut. Lebih seminggu barulah kesan itu hilang tetapi kerana tidak mahu lari konti, pengarah meminta ia dijadikan seperti tanda lahir.
“Tapi ramai orang yang salah faham dan saya tahu gosip ini hangat diperkatakan di forum laman web gosip. Saya juga mengharapkan pihak media tegur jika saya ada melakukan kesilapan kerana saya perasan pihak media kurang berminat menemu bual saya,” katanya.
Apapun yang berlaku, nyata anak kelahiran Sentul, Kuala Lumpur ini tetap tabah dalam mengharungi cabaran dunia hiburan. Farah kini mempertaruhkan pula drama Gadis Dari Bintang yang akan disiarkan di Astro Ria setiap Selasa, jam 6.30 petang mulai 8 Julai ini.
Farah memegang watak alien bernama Nur. Karakter ini cukup mencabar bagi Farah apatah lagi perlu berimaginasi kelakuan makhluk asing.
“Tawaran ini datang saat-saat akhir iaitu tiga hari sebelum penggambaran bermula. Jadi saya hanya sempat mendalami karakter Nur bersandarkan tunjuk ajar pengarah.
“Dimaklumkan alien tidak boleh menggenggam tangan dan berjalan macam robot. Tidak dapat dinafikan watak Nur cukup mencabar. Saya sudah cuba yang terbaik dan jika lakonan saya sekali lagi dikritik, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.
Masih terikat dengan penggambaran Gadis Dari Bintang, Farah juga sibuk mengendalikan program Filem Di 9 (TV9) dan juga Intan Asmara. Malah, dia juga dalam persediaan berlakon teater Patriot yang bakal dipentaskan di Istana Budaya tidak lama lagi.
PROFIL:
Nama: Raja Farah Raja Aziz
Tarikh Lahir: 5 Julai 1988
Asal: Sentul, Kuala Lumpur
Tinggi: 162 sm
Berat: 52 kilogram
Kerjaya: Pelakon dan pengacara
Drama: Impian Illyana, Pesona Cinta, Misi XX Ray, Cinta Medik, Durrani dan Manjalara
Rancangan TV: Mango TV (8TV), Suara Emas Bintang RTM, Riuh di 1 dan Filem di 9
Filem: Saloon, Anak Halal, Malaikat Maut, Aquarium Cinta dan Apa Kata Hati
Source: Harian Metro
Labels:
ENTERTAINMENT,
RAJA FARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment