01 July 2008

Saya telah diliwat - Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan

Saya telah diliwat - Mohd Saiful Bukhari b Azlan

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

Dakwaan hangat ini timbul beberapa ketika selepas hebohnya dakwaan yang mengatakan isteri Timbalan Perdana Menteri berada di kawasan Altantuya diletupkan. Adakah dakwaan dibuat sekadar nak tutup cerita Altantuya? Utusan Malaysia melaporkan bahawa Datin Seri Azizah mengatakan bahawa laporan direka sekadar untuk mengalihkan perhatian rakyat berhubung kes Altantuya. Tetapi tiada sedutan video penuh dipaparkan dalam Buletin Utama, mungkin TV3 telah diarahkan agar cerita sikit2 je penafian tu, supaya rakyat tidak tersedar.

Saiful Bukhari bukannya orang asing. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN. Dan beliau telah bertunang. Gambar beliau dengan menteri sudah banyak tersebar.


Saiful Bukhari bersama Special Officer TPM


Saiful Bukhari bersama Datuk Shahrir Samad


Saiful Bukhari bersama Dato Mustapha Muhamed


Saiful Bukhari bersama Dato Sri Azalina Othman Said


Saiful Bukhari bersama tunangnya


Saiful Bukhari bersama tunangnya

"Selamat hari jadi kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan yang lahir pada 6 Julai 1985"


Video from YouTube

No comments: